Pernahkah anda mendengar Ujian MBTI? Ujian MBTI dalam sebutan Inggerisnya iaitu Myers Briggs Type Indicator (MBTI). Ujian MBTI cukup terkenal. Ujian ini bertujuan untuk jenis personaliti yang dipunyai seseorang.Ianya juga merupakan satu alat agar seseorang individu itu mampu memahami cara komunikasi mereka iaitu bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain yang berada di sekeliling mereka. Ujian dibahagikan kepada 4 fungsi psikologi iaitu, sensing, intuition, feeling dan thinking.
Menurut kajian terdapat 16 jenis personaliti. Setiap personaliti ini turut dibahagikan kepada 4 kategori lagi mengikut jenis keperibadian mereka dengan peranan yang berbeza. Dalam entri ini kita akan membahaskan 2 kategori personaliti dan 8 jenis personaliti daripada 2 kategori tersebut:
Penganalisis
1. INTJ-A / INTJ-T
Keperibadian ini dikenali sebagai seorang yang imaginatif. Mereka juga dikenali sebagai seorang yang strategik dengan rancangan mereka dalam melakukan sesuatu. Mereka menghargai segala maklumat, pengetahuan dan kecerdasan yang dimiliki mereka. Mereka ini cenderung bekerja dalam bidang yang melibatkan kecekapan dan keupayaan untuk mentafsirkan maklumat yang rumit. Dari segi kelemahan, seseorang yang memiliki keperibadian ini banyak menghabiskan banyak masa dalam fikiran mereka sendiri.
2. INTP-A / INTP-T
Seseorang yang mempunyai personaliti INTP ini dikenali merupakan seorang yang inovatif. Mereka begitu dahaga untuk memperoleh sesuatu ilmu yang mereka yang inginkan. Disebabkan sikap sebegini, ianya menjadikan mereka mempunyai perasaan ingin memperoleh sesuatu pengetahuan yang tiada habisnya. Orang sebegini juga dikenali sebagai ahli logika. Dari segi kelemahan mereka ini merupakan seorang sukar difahami, kurang peka, tidak menggemari aturan dan sukar untuk mengungkapkan perasaan yang terbuku dalam hari mereka.
3. ENTJ-A / ENTJ-T
Seseorang yang memiliki jenis keperibadian ini dikenali sebagai seorang pemimpin yang berani, imaginatif dan mempunyai keinginan yang kuat jika menginginkan sesuatu. Mereka juga selalu menemukan cara atau menciptakan cara bagaimana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka inginkan. Mereka dikenali sebagai keperibadian yang mempunyai sifat seperti seorang Komandan. Aspek kelemahan ENTJ ialah mereka kurang bertoleransi. Mereka tidak menyokong idea sekiranyan mereka merasakan ianya akan menganggu tujuan utama mereka. Hal ini kerana mereka percaya kepada diri mereka sendiri daripada orang lain. Selain itu mereka juga mepunyai sikap tidak sabar. Merka befikir sangat pantas sehinggakan orang lain sukar untuk mengikuti mereka.
4. ENTP-A / ENTP-T
Seseorang yang mempunyai personaliti ENTP ini dikenali sebagai seseorang pemikir yang cerdas. Mereka seorang yang serius Mereka seorang sangat gemar akan cabaran secara intelektual. Mereka dikenali sebagai seorang pendebat kerana seorang pendebat sememangnya gemar membahas sesuatu yang melibatkan pemikiran mereka dengan orang lain.Walaupun mempunyai kemahiran berbicara yang baik, namun mereka tidak selalunya bagus dalam memahami emosi yang dimiliki oleh orang lain. Mereka ini melihat sesuatu perspektif sesuatu perkara tersebut lebih kepada diri mereka sendiri. Mempunyai peribadi yang keras kepala juga satu kelemahan ENTP. Hal ini berlaku ENTP ini suka berdebat, jadi mereka bersikap keras kepala untuk mendominasi orang lain.
Diplomat
1. INFJ-A / INFJ-T
Keperibadian seseorang INFJ merupakan seorang yang pendiam dan agak misteri. Hal ini kerana mereka lebih suka menyembunyikan perasaan mereka berbanding membicarakannya kepada orang lain. Mereka juga dikenali sebagai idealis yang menjadi inspirasi kepada orang lain. Mereka ini dikenali sebagai seorang advokat.Golongan INFJ juga mempunyai kekurangan mereka sendiri. Mereka boleh menjadi terlalu sensitif, sukar difahami , mempunyai standard yang tinggi terhadap sesuatu perkara dan agak keras kepala.
2. INFP-A/ INFP-T
Orang yang memiliki keperibadian INFP ini merupakan seorang yang puitis, mempunyai sikap baik hati, bersifat altruistik dan selalu ingin membantu bagi perbuatan yang mendatangkan kebaikan. Mereka juga dikenali sebagai seorang mediator. Aspek kekurangan bagi seorang yang memiliki personaliti INFP ialah mereka cenderung untuk berdiam diri. Namun mereka bukan pemalu kerana berinteraksi membuatkan mereka mudah berasa penat. Dalam pada itu, mereka juga sering mengabaikan perkara-perkara yang penting. Hal ini kerana mereka melihat sesuatu perkara itu dari aspek gambaran yang besar. Di sebalik sikap mereka yang sebegini, mereka juga boleh menjadi sangat teliti jika melakukan sesuatu yang penting bagi mereka.
3. ENFJ-A / ENFJ-T
Seorang pemimpin yang karismatik dan digambarkan seorang yang hangat. Dikenali sebagai seorang protagonist. Seseorang yang memiliki keperibadian ini juga seorang suka membantu orang lain. Mereka mempunyai keupayaan untuk merasakan apa yang orang lain rasakan dan berupaya untuk mempengaruhi bagaimana orang lain berkelakuan. Mereka juga dikatakan mampu menjalin persahabatan dengan semua personaliti walaupun dalam kalangan individu yang introvert. Aspek kekurangan ENFJ pula mereka mudah berasa sensitif terhadap seuatu perkara, terlalu idealis dan memerlukan kelulusan dari orang lain jika ingin melakukan sesuatu perkara.
4. ENFP-A / ENFP-T
Keperibadian jenis ENFP ini dikatakan seorang yang mempunyai kemahiran komunikasi yang kuat. Hal ini kerana mereka bebas bergaul dengan orang lain. Mereka juga dikatakan seorang yang mempunyai sikap empati dan penyayang. Seorang ENFP juga boleh berfikir secara abstrak dan boleh memahami konsep-konsep rumit. Seorang yang memiliki jiwa kepimpinan namun tidak suka mengawal orang lain kerana mereka juga tidak suka dikawal. Namun begitu mereka, mereka seorang yang sukar fokus untuk melakukan pekerjaan dalam satu tujuan. Dikatakan juga mereka sukar fokus melakukan pekerjaan yang bersifat rutin. Sukar juga untuk mengawal emosi dan amarahnya terhadap orang lain. Mereka juga cenderung menyalahkan diri mereka sendiri jika melakukan kesalahan.
Comments
Post a Comment