Skip to main content

Ciri-ciri seseorang Introvert

Siapa yang tidak mengenali apa itu "Introvert"? Introvert merupakan ciri atau keperibadian seseorang yang pendiam, tenang dan suka menyendiri. Mereka dalam kalangan Introvert juga sangat berfokus kepada fikiran dan perasaan mereka berbanding dengan stimulasi dari luaran. Disebabkan sikap mereka yang suka menyendiri, keperibadian mereka ini sering disalahertikan. Mereka juga dianggap sebagai anti-sosial kerana kurang berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling mereka. 

Namun begitu, hakikatnya keperibadian yang dipunyai orang introvert ini bukan bermaksud mereka enggan sama sekali berinteraksi. Mereka sebenarnya kurang berinteraksi disebabkan mereka ingin mengembali semula tenaga mereka kerana ketika saat berinteraksi mereka memerlukan tenaga yang banyak. 

Oleh itu, dalam entri kali ini saya akan berkongsi mengenai 7 ciri mengenai keperibadian introvert ini.


1.  Mempunyai bilangan sahabat yang sedikit


Jika dibandingkan dengan golongan ekstrovert, seseorang yang berkeperibadian introvert ini mempunyai bilangan sahabat yang boleh dihitung bilangannya. Dikatakan mereka yang mempunyai sikap introvert ini lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Oleh itu, secara tidak langsung sahabat-sahabat yang dimiliki oleh seseorang yang introvert ini mempunyai sifat-sifat unik yang tersendiri yang memberi impak secara positif ke atas diri mereka itu. Dalam persahabatan, mereka jenis seseorang yang setia dan sangat menghargai teman yang dipunyai mereka. Dalam pada itu, seseorang yang introvert ini juga lebih suka bekumpul dengan orang yang sudah rapat atau lebih lama dikenali berbanding dengan orang-orang yang mereka baru kenali.


2. Menulis adalah aktiviti kegemaran si Introvert

Bagi seseorang berkepribadian Introvert adalah lebih mudah bagi mereka untuk meluahkan segala tulisan atau isi hati mereka melalui tulisan berbanding berbicara di khalayak ramai. Hal ini kerana mereka suka meluangkan waktu mereka dengan berfikir tentang idea-idea yang kreatif sebelum mereka mula membahas perkara-perkara yang ingin diperkatakan. Mereka juga sangat berhati-hati dalam menyampaikan hujah. Hal ini kerana, mereka enggan mudah dihakimi atau dikritik ke atas sesuatu perkara dibahaskan disebabkan idea yang kurang untuk menyokong hujah yang mereka ingin sampaikan.


3. Kadang-kadang menjadi 'penasihat'kepada orang lain

Satu sifat seseorang yang Introvert adalah mereka ini suka menyimpan pandangan mereka sendiri sehingga menyebabkan orang lain sukar menebak apa yang sebenarnya difikirkannya mengenai sesuatu perkara. Mereka akan menyatakan pendapat jika ditanya kerana mereka mepunyai sikap menunggu pertanyaan dari orang lain. Namun, dalam masa yang sama mereka pendengar yang baik. Hal ini menyebabkan orang lain suka meminta nasihat dan saran daripada mereka ini mengenai sesuatu perkara.


4. Suka berimaginasi



Introvert suka berimaginasi membayangkan sesuatu yang menarik dalam pemikiran mereka. Dengan berimaginasi, mereka dapat menghilangkan rasa bosan yang terbuku dalam diri mereka. Disebabkan suka berimaginasi, jika mereka mula berfikir tentang sesuatu perkara, maka bermulalah otak mereka berfikir tanpa henti bagaimana mereka harus merealisasikan sesuatu yang berada dalam pemikiran mereka. Mereka juga dikatakan sebagai seseorang yang kreatif!


5. Mudah lelah apabila berada dalam khalayak ramai.



Seseorang yang Introvert mudah letih di saat mereka berada dalam khalayak ramai. Hal ini kerana mereka sukar untuk berinteraksi dengan orang lain terutamanya orang yang tidak dikenalinya. Dalam usaha mengekalkan keselesaaan seseorang dan mengenali seseorang, mereka cuba memaksa diri untuk berinteraksi supaya keadaan menjadi normal dan tidak berasa canggung apabila berada bersama mereka.


6. Memotivasikan diri dengan "self talking"


Ciri keperibadian introvert yang dipunyai seseorang menyebabkan mereka sukar berinteraksi namun itu bukan bermaksud mereka tidak suka bersosial. Disebabkan sukar untuk berinteraksi dengan khalayak ramai, jadi mereka juga mengeksperisikan perasaan mereka dengan bercakap sendirian atau self talking. Dengan, berbicara dengan diri sendiri mereka berpotensi untuk memotivasikan diri mereka sendiri dan membuat evaluasi tentang perkara yang sedang mereka fikirkan.


7. Berusaha menampilkan komitmen untuk mencapai sesuatu yang diinginkan

Seseorang yang introvert mempunyai pendirian mereka sendiri dan tidak mampu dipengaruhi oleh orang lain. Mereka ingin memastikan segala impian yang mereka ada dapat direalisasikan. Disebabkan mempunyai disiplin dalam melakukan sesuatu perkara, maka seseorang yang introvert ini juga mampu sukses di masa hadapan. 

Semoga info ini dapat membantu anda untuk mengenali seseorang berkeperibadian introvert dengan lebih mendalam.

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Keperibadian Jenis Personaliti Anda (Bahagian 1)

 Pernahkah anda mendengar Ujian MBTI? Ujian MBTI dalam sebutan Inggerisnya iaitu Myers Briggs Type Indicator (MBTI). Ujian MBTI cukup terkenal. Ujian ini bertujuan untuk  jenis personaliti yang dipunyai seseorang.Ianya juga merupakan satu alat agar seseorang individu itu mampu memahami cara komunikasi mereka iaitu bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain yang berada di sekeliling mereka. Ujian dibahagikan kepada 4 fungsi psikologi iaitu, sensing, intuition, feeling dan thinking. Menurut kajian terdapat 16 jenis personaliti. Setiap personaliti ini turut dibahagikan kepada 4 kategori lagi mengikut jenis keperibadian mereka dengan peranan yang berbeza. Dalam entri ini kita akan membahaskan 2 kategori personaliti dan 8 jenis personaliti daripada 2 kategori tersebut: Penganalisis 1. INTJ-A / INTJ-T Keperibadian ini dikenali sebagai seorang yang imaginatif. Mereka juga dikenali sebagai seorang yang strategik dengan rancangan mereka dalam melakukan sesuatu. Mereka menghargai ...

Bagaimana mengatasi masalah kurang keyakinan diri?

 Adakah anda mempunyai masalah kurang keyakinan diri? Kurang keyakinan ini merupakan satu masalah biasa yang dihadapi oleh semua orang. Apa masalah yang akan kita hadapi jika kita kurang yakin akan diri sendiri? Dalam menempa sesuatu kejayaan, jika kita kurang yakin akan diri maka kejayaan pasti menjadi sesuatu yang sukar buat kita untuk mencapainya. Tiada seseorang yang merasa terus yakin akan diri apabila melakukan sesuatu. Perasaan ragu-ragu itu pasti ada dalam diri. Perasaan itu menjadikan kita bersikap rasional dalam berfikiran. Ia menjana diri kita agar mampu bertindak mengikut kemampuan diri. Dengan itu barulah, kita dapat bertindak mengatasi ketidakyakinan diri kita. Dalam mengatasi masalah ketidakyakinan diri terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan.Dalam entri kali ini saya akan membahaskan 4 tips dalam mengatasi masalah ketidakyakinan diri. 1. Belajar Perbaiki Kelemahan Diri Anda Cari kelemahan yang ada dalam diri anda. Setiap orang pasti mempunyai kelemahan dirinya y...