Skip to main content

Bagaimana mengatasi masalah kurang keyakinan diri?

 Adakah anda mempunyai masalah kurang keyakinan diri? Kurang keyakinan ini merupakan satu masalah biasa yang dihadapi oleh semua orang. Apa masalah yang akan kita hadapi jika kita kurang yakin akan diri sendiri? Dalam menempa sesuatu kejayaan, jika kita kurang yakin akan diri maka kejayaan pasti menjadi sesuatu yang sukar buat kita untuk mencapainya. Tiada seseorang yang merasa terus yakin akan diri apabila melakukan sesuatu. Perasaan ragu-ragu itu pasti ada dalam diri. Perasaan itu menjadikan kita bersikap rasional dalam berfikiran. Ia menjana diri kita agar mampu bertindak mengikut kemampuan diri. Dengan itu barulah, kita dapat bertindak mengatasi ketidakyakinan diri kita.

Dalam mengatasi masalah ketidakyakinan diri terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan.Dalam entri kali ini saya akan membahaskan 4 tips dalam mengatasi masalah ketidakyakinan diri.




1. Belajar Perbaiki Kelemahan Diri Anda

Cari kelemahan yang ada dalam diri anda. Setiap orang pasti mempunyai kelemahan dirinya yang tersendiri. Anda boleh senaraikan apa kelemahan yang ada pada diri anda itu. Cuba bertindak positif dengan mencari penyelesaian kepada masalah anda. Setelah jalan penyelesaian ditemukan, cuba perbaiki kekurangan diri yang terdapat dalam diri anda. 

Cth: Anda mempunyai kurang keyakinan dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris. Maka, anda cari satu alternatif bagaimana anda akan mengatasi masalah anda ini. Mungkin anda boleh mencuba untuk mempelajari asas-asas percakapan Bahasa Inggeris.Cuba aplikasikannya dengan bertutur dengan rakan-rakan. Jika anda mengulangi tindakan ini secara rutin maka secara tidak langsung anda akan dapat mengatasi masalah ketidakyakinan anda untuk bertutur.


2.  Menginspirasikan keyakinan diri dari orang lain

Cuba anda lihat di sekitar anda atau dalam kalangan anda. Anda dapat melihat ramai orang dan mungkin daripada mereka itu dapat mengeksperisikan diri mereka dengan baik. Ianya mungkin dari cara mereka bertutur dan bergaul dengan orang lain. Perhatikan juga sisi positif mereka. Fikirkan bagaimana mereka dapat bertindak yakin di hadapan khalayak ramai. Cuba ambil mereka menjadi inspirasi anda. Paling penting sentiasa percaya diri dan yakin bahawa kita juga mampu menjadi seperti mereka!


3. Sahabat 

Sahabat memainkan satu peranan yang penting dalam kehidupan kita. Seorang sahabat yang baik sudah pasti dapat memberikan galakan yang baik dan positif dalam membantu perkembangan diri kita. Jikalau kita seorang yang bersifat terbuka dan boleh menerima sesuatu pendapat dengan baik, kita boleh meminta sahabat kita untuk memberikan komen-komen sama ada berbentuk kelemahan ada pada diri kita agar kita dapat membuat perubahan dan memperbaiki diri ke arah lebih baik untuk menjadi lebih berkeyakinan.


4. Belajar sesuatu yang baru

Cuba belajar sesuatu yang baru dalam hidup anda. Apabila anda mempelajari sesuatu yang baru, ianya daapat memperkembangkan minat anda dalam sesuatu. Anda tahu apa yang anda benar-benar minat. Apabila anda benar-benar minat akan sesuatu, maka anda merasa seronok untuk melakukannya. Anda dapat mencipta satu pengalaman baru yang dapat membantu mematangkan diri anda. Dengan itu, anda juga dapat menambah keyakinan pada diri anda melalui apa yang pelajari dan lakukan. Anda juga mampu menambah keyakinan diri apabila mampu berinteraksi dan mengongsikan minat anda dengan orang lain.

Kesimpulannya, keyakinan diri itu perlu dibentuk dalam diri agar tampak berkeyakinan apabila berada dalam khalayak ramai. Anda juga tidak akan pernah berasa sukar apabila berinteraksi dengan orang lain. Jadikan keyakinan diri itu sebagai satu tonggak dalam usaha anda mencapai sesuatu yang anda inginkan. Bak kata pepatah, "kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang". Begitu juga keyakinan diri, jika kita tidak membina hari ini, sampai bilakah kita ingin terus hidup diselubungi kegelapan di sebalik perasaan kurang keyakinan? 

Renung-renungkanlah....

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Keperibadian Jenis Personaliti Anda (Bahagian 1)

 Pernahkah anda mendengar Ujian MBTI? Ujian MBTI dalam sebutan Inggerisnya iaitu Myers Briggs Type Indicator (MBTI). Ujian MBTI cukup terkenal. Ujian ini bertujuan untuk  jenis personaliti yang dipunyai seseorang.Ianya juga merupakan satu alat agar seseorang individu itu mampu memahami cara komunikasi mereka iaitu bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain yang berada di sekeliling mereka. Ujian dibahagikan kepada 4 fungsi psikologi iaitu, sensing, intuition, feeling dan thinking. Menurut kajian terdapat 16 jenis personaliti. Setiap personaliti ini turut dibahagikan kepada 4 kategori lagi mengikut jenis keperibadian mereka dengan peranan yang berbeza. Dalam entri ini kita akan membahaskan 2 kategori personaliti dan 8 jenis personaliti daripada 2 kategori tersebut: Penganalisis 1. INTJ-A / INTJ-T Keperibadian ini dikenali sebagai seorang yang imaginatif. Mereka juga dikenali sebagai seorang yang strategik dengan rancangan mereka dalam melakukan sesuatu. Mereka menghargai ...

Ciri-ciri seseorang Introvert

Siapa yang tidak mengenali apa itu "Introvert"? Introvert merupakan ciri atau keperibadian seseorang yang pendiam, tenang dan suka menyendiri. Mereka dalam kalangan Introvert juga sangat berfokus kepada fikiran dan perasaan mereka berbanding dengan stimulasi dari luaran. Disebabkan sikap mereka yang suka menyendiri, keperibadian mereka ini sering disalahertikan. Mereka juga dianggap sebagai anti-sosial kerana kurang berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling mereka.  Namun begitu, hakikatnya keperibadian yang dipunyai orang introvert ini bukan bermaksud mereka enggan sama sekali berinteraksi. Mereka sebenarnya kurang berinteraksi disebabkan mereka ingin mengembali semula tenaga mereka kerana ketika saat berinteraksi mereka memerlukan tenaga yang banyak.  Oleh itu, dalam entri kali ini saya akan berkongsi mengenai 7 ciri mengenai keperibadian introvert ini. 1.  Mempunyai bilangan sahabat yang sedikit Jika dibandingkan dengan golongan ekstrovert, seseorang yang berkeperi...